PRK Kampus bagi tahun 2013 telah melabuhkan tirainya. Daripada 20 IPTA Kumpulan Pro Aspirasi Universiti berjaya mengukuhkan kedudukan di 18 buah IPT iaitu :-
1. UPNM
2. UIAM
3. UPM
4. USIM
5. UTEM
6. UITM
7. UTHM
8. UTM
9. UMK
10. UNISZA
11. UMT
12. UMP
13. USM
14. UMS
15. UNIMAS
16. UNIMAP
17. UPSI
18. UUM
Keputusan ini juga menunjukkan pengurangan penguasaan Pro M di kampus bagi sesi PRK kali ini. Bagaimanapun Pro M nampaknya meneruskan penguasaan di UKM serta merampas UM.
Sunday, 1 December 2013
Wednesday, 27 November 2013
BOM PRO M SASAR AIMAN ROHANA !!!!
Kempen PRK UM telah sampai ke penghujung. Pada hari-hari terakhir ini seperti dijangka Pro M akan mengeluarkan BOM terakhir mereka untuk meraih undi simpati. Modus Operandi adalah mudah, labelkan pihak lawan sebagai sehina-hina makhluk dan mencanangkan kumpulan Oren sebagai semulia-mulia insan. Suasana hangat PRK UM juga disemarakkan lagi dengan kenyataan Syukri Razab dari SUARAM dan bekas Pengerusi SMM yang menerangkan pergaduhan dan pukul memukul dibolehkan dalam politik kampus. Kerana kekerasan menunjukkan kematangan.
Tidak cukup dengan itu timbul pula Email yang didakwa oleh Pro M bukti terdapat calon lawan mendapat 500 untuk berkempen. Edikoup Lakip Sediyanto juga telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkara itu berlaku dan mengaitkan transaksi telah dibuat antara Aiman Taslim, Pengerusi Penggerak Mahasiswa dengan Datuk Rohana Yusuf, TNCHEPA UM. Butirannya Klik Sini.
Bagaimanapun laman blog konspirasipenggerak.blogspot.com telahpun dipadam selepas isu ini dimainkan dalam FB oleh Berita Universiti (Official Pages). Selepas itu tiada lagi kenyataan dari mana-mana orang Pro M, dengan meninggalkan persepsi di kalangan pembaca FB berkenaan.
Mungkin Aiman Taslim bukan ahli PMI, Datuk Rohana Yusuf juga bukan ahli PMI, maka mereka tidak sesuci seperti orang lain hingga mereka halal untuk difitnah dan dimalukan. Apa yang buruk sangat di mata Pro M terhadap Aiman dan Datuk Rohana. Adakah Pro M terasa tergugat dengan kredibiliti Aiman memimpin UM walaupun Aiman tidak lagi bertanding ? Apakah Edikoup masih menyimpan perasaan dendam ekoran kes dia dipukul dan yang sepatutnya dijawab oleh Syukri Razab.
Dan apakah mahasiswa UM masih mahu memilih pemimpin persepsi ? What Next !!!!
Labels:
#ASPIRASI,
#PILIHANRAYAKAMPUS,
#PMI,
#PRK,
#PROM,
#SMM,
PENGGERAK MAHASISWA,
UM
SRIKANDI GEGAR UM, PRO M CUAK
Masih lagi berkisar cerita PRK di UM. Kali ini giliran SRIKANDI pula menggegar menerusi kempen yang diadakan di perhentian bas utama UM yang selalunya menjadi pentas Speaker Corner Pro M. Nampaknya calon-calon siswi Penggerak Mahasiswa sudah mula berani bersuara berbanding sebelum ini. Tohmahan yang dilemparkan sebelum ini bahawa SRIKANDI ini hanya mengharapkan kepada paras rupa melesat kerana ternyata mereka juga boleh berhujah, menerangkan manifesto yang dibawa. Jadi apa kata mahasiswi UM. Jangan Troll kan pertimbangan Anda...
Pro M mula menunjukkan cuak melihat kelantangan suara SRIKANDI ini lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi sasaran Pro M. Apa yang perlu dibuat Bukhairy diarahkan menggunakan kuasa magisnya supaya dapat memulihkan histeria mahasiswa UM akibat perbuatan SRIKANDI. Anda tidak percaya sila lihat apa yang Bukhairy buat sepanjang calon Pro M cakap apa orang tak faham.
Eh! Eh! Abang tu siap sengih sengih lagi..Abe pehe ko dia ghoyak ghapo
Ting! Ting! Round One...
Tuesday, 26 November 2013
PRK : UM MERIAH, UPM HAMBAR
Kemeriahan Pilihanraya Kampus di UM semakin dirasai terutamanya semasa Hari Penamaan Calon semalam. Penyokong-penyokong Penggerak Mahasiswa dan ProM telah berkumpul seawal pagi dan memenuhi ruangan pejalan kaki di sekitar DTC. Nampak ada kesungguhan serta perancangan awal dari kedua belah pihak.
Kemeriahan ini ditambah pula dengan keputusan Aiman Taslim untuk mengundurkan diri dari bertanding kerusi umum bagi memastikan demokrasi terus mekar dalam kepimpinannya. Pengorbanan yang dilakukan oleh Aiman adalah bentuk Situational Leader yang bertindak mengikut keadaan semasa dan yang manisnya tindakan itu mendapat sokongan dari seluruh jentera Penggerak Mahasiswa.
Keputusan Ketua Jentera Penggerak Mahasiswa itu tidak memberi kelebihan kepada Pro M kerana bertekad untuk terus memimpin Penggerak. Malah Pro M nampaknya kalut sedikit dan memerlukan pengawal peribadi untuk calon yang berkempen walaupun dilihat itu tidak perlu pun dilakukan. Oh mungkin nampak bergaya dan kebiasaannya YB saja yang menggunakan khidmat Pengawal Peribadi ni. Mungkin Pengalaman Bukhairy semasa di Pekan menyuntik idea ini, walaupun mimpi untuk menjadi YB tidak kesampaian akibat keputusan yang dibuat Safwan Anang. Apa Apa sajalah...
Berbeza pula di UPM. Hari berkempen yang masih berlangsung tampak hambar, walaupun tempohnya yang panjang. Aktiviti Pro M yang dipimpin juga tidak mendapat sambutan. Mungkin khabar angin yang mendedahkan wujud perbalahan antara kepimpinan PMIUPM dengan Pro M ada kebenarannya menyebabkan gerakan ini perlahan di UPM.
Apa-apapun tarikh mengundi kian hampir. Mahasiswa di UM dan UPM sedang mencongak pemimpin yang akan dipilih. Dan semestinya pilihan terarah kepada yang dilihat dominan dan berketrampilan. Satu lagi...kalau calon lawa tapi boleh buat kerja apasalahnya kan.....
Sunday, 24 November 2013
SISWI UM HISTERIA!!
Desas desus mengatakan kejadian histeria akan melanda siswi UM sekali lagi..tapi kali ini bukan disebabkan oleh makhluk halus tetapi disebabkan Penggerak Mahasiswa. Kenapa?!!
Tindakan Aiman and the gang untuk menaiktaraf perkhidmatan wifi di UM merupakan satu usaha yang besar. Jika ini dapat direalisasikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ianya akan dapat membantu siswa siswi di UM melaksanakan rutin harian khususnya yang berkaitan dengan akademik. Apa yang mahasiswa UM mahu selepas ini ialah pelaksanaannya dipercepatkan. Jangan bertangguh!!!
Lain pula Pro M yang nampaknya makin bersungguh-sungguh memantapkan jentera dan calon. Pada malam tadi saja, 100 orang hadir di perkarangan DTC untuk melihat sendiri Pro M memperagakan calon-calon mereka. Namun di sebalik semua itu, ada yang menjadi kemusykilan dari mana Pro M boleh mendapatkan 2 buah kenderaan pacuan 4x4.....
Apa yang menariknya jika tidak ada bantuan luar seperti sebelum ini sudah tentu majlis meragakan calon Pro M malam tadi takkan meriah. SYABAS PRO M!!!
JANGAN BODOHKAN MAHASISWA!!!
Wednesday, 20 November 2013
TAHNIAH PDRM!!! TUHAN HARUN DITANGKAP!!!
Nampaknya transfomasi dalam @PDRMsia telah terbukti berkesan. Selepas kes pembunuhan tragis Pegawai Ambank diselesaikan dengan tangkapan saspek utama, PDRM juga cemerlang dengan menangkap Tuhan Harun di Tangkak, Johor pada 20 Nov 2013 jam 3 petang. Harapan agar penangkapan ini dapat memberi petunjuk baru dalam kes2 berkaitan yang lain. SYABAS @PDRMsia.
Subscribe to:
Posts (Atom)