Kemeriahan Pilihanraya Kampus di UM semakin dirasai terutamanya semasa Hari Penamaan Calon semalam. Penyokong-penyokong Penggerak Mahasiswa dan ProM telah berkumpul seawal pagi dan memenuhi ruangan pejalan kaki di sekitar DTC. Nampak ada kesungguhan serta perancangan awal dari kedua belah pihak.
Kemeriahan ini ditambah pula dengan keputusan Aiman Taslim untuk mengundurkan diri dari bertanding kerusi umum bagi memastikan demokrasi terus mekar dalam kepimpinannya. Pengorbanan yang dilakukan oleh Aiman adalah bentuk Situational Leader yang bertindak mengikut keadaan semasa dan yang manisnya tindakan itu mendapat sokongan dari seluruh jentera Penggerak Mahasiswa.
Keputusan Ketua Jentera Penggerak Mahasiswa itu tidak memberi kelebihan kepada Pro M kerana bertekad untuk terus memimpin Penggerak. Malah Pro M nampaknya kalut sedikit dan memerlukan pengawal peribadi untuk calon yang berkempen walaupun dilihat itu tidak perlu pun dilakukan. Oh mungkin nampak bergaya dan kebiasaannya YB saja yang menggunakan khidmat Pengawal Peribadi ni. Mungkin Pengalaman Bukhairy semasa di Pekan menyuntik idea ini, walaupun mimpi untuk menjadi YB tidak kesampaian akibat keputusan yang dibuat Safwan Anang. Apa Apa sajalah...
Berbeza pula di UPM. Hari berkempen yang masih berlangsung tampak hambar, walaupun tempohnya yang panjang. Aktiviti Pro M yang dipimpin juga tidak mendapat sambutan. Mungkin khabar angin yang mendedahkan wujud perbalahan antara kepimpinan PMIUPM dengan Pro M ada kebenarannya menyebabkan gerakan ini perlahan di UPM.
Apa-apapun tarikh mengundi kian hampir. Mahasiswa di UM dan UPM sedang mencongak pemimpin yang akan dipilih. Dan semestinya pilihan terarah kepada yang dilihat dominan dan berketrampilan. Satu lagi...kalau calon lawa tapi boleh buat kerja apasalahnya kan.....
No comments:
Post a Comment