Sunday 1 December 2013

KEMENANGAN YANG TERTUNGGAK

PRK Kampus bagi tahun 2013 telah melabuhkan tirainya. Daripada 20 IPTA Kumpulan Pro Aspirasi Universiti berjaya mengukuhkan kedudukan di 18 buah IPT iaitu :-

1. UPNM
2. UIAM
3. UPM
4. USIM
5. UTEM
6. UITM
7. UTHM
8. UTM
9. UMK
10. UNISZA
11. UMT
12. UMP
13. USM
14. UMS
15. UNIMAS
16. UNIMAP
17. UPSI
18. UUM

Keputusan ini juga menunjukkan pengurangan penguasaan Pro M di kampus bagi sesi PRK kali ini. Bagaimanapun Pro M nampaknya meneruskan penguasaan di UKM serta merampas UM.

Wednesday 27 November 2013

AIK ADA LAGI !!!





BOM PRO M SASAR AIMAN ROHANA !!!!

Kempen PRK UM telah sampai ke penghujung. Pada hari-hari terakhir ini seperti dijangka Pro M akan mengeluarkan BOM terakhir mereka untuk meraih undi simpati. Modus Operandi adalah mudah, labelkan pihak lawan sebagai sehina-hina makhluk dan mencanangkan kumpulan Oren sebagai semulia-mulia insan. Suasana hangat PRK UM juga disemarakkan lagi dengan kenyataan Syukri Razab dari SUARAM dan bekas Pengerusi SMM yang menerangkan pergaduhan dan pukul memukul dibolehkan dalam politik kampus. Kerana kekerasan menunjukkan kematangan.



Tidak cukup dengan itu timbul pula Email yang didakwa oleh Pro M bukti terdapat calon lawan mendapat 500 untuk berkempen. Edikoup Lakip Sediyanto juga telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkara itu berlaku dan mengaitkan transaksi telah dibuat antara Aiman Taslim, Pengerusi Penggerak Mahasiswa dengan Datuk Rohana Yusuf, TNCHEPA UM. Butirannya Klik Sini

Bagaimanapun laman blog konspirasipenggerak.blogspot.com telahpun dipadam selepas isu ini dimainkan dalam FB oleh Berita Universiti (Official Pages). Selepas itu tiada lagi kenyataan dari mana-mana orang Pro M, dengan meninggalkan persepsi di kalangan pembaca FB berkenaan.


Mungkin Aiman Taslim bukan ahli PMI, Datuk Rohana Yusuf juga bukan ahli PMI, maka mereka tidak sesuci seperti orang lain hingga mereka halal untuk difitnah dan dimalukan. Apa yang buruk sangat di mata Pro M terhadap Aiman dan Datuk Rohana. Adakah Pro M terasa tergugat dengan kredibiliti Aiman memimpin UM walaupun Aiman tidak lagi bertanding ? Apakah Edikoup masih menyimpan perasaan dendam ekoran kes dia dipukul dan yang sepatutnya dijawab oleh Syukri Razab. 

Dan apakah mahasiswa UM masih mahu memilih pemimpin persepsi ? What Next !!!!




SRIKANDI GEGAR UM, PRO M CUAK

Masih lagi berkisar cerita PRK di UM. Kali ini giliran SRIKANDI pula menggegar menerusi kempen yang diadakan di perhentian bas utama UM yang selalunya menjadi pentas Speaker Corner Pro M. Nampaknya calon-calon siswi Penggerak Mahasiswa sudah mula berani bersuara berbanding sebelum ini. Tohmahan yang dilemparkan sebelum ini bahawa SRIKANDI ini hanya mengharapkan kepada paras rupa melesat kerana ternyata mereka juga boleh berhujah, menerangkan manifesto yang dibawa. Jadi apa kata mahasiswi UM. Jangan Troll kan pertimbangan Anda...





Pro M mula menunjukkan cuak melihat kelantangan suara SRIKANDI ini lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi sasaran Pro M. Apa yang perlu dibuat Bukhairy diarahkan menggunakan kuasa magisnya supaya dapat memulihkan histeria mahasiswa UM akibat perbuatan SRIKANDI. Anda tidak percaya sila lihat apa yang Bukhairy buat sepanjang calon Pro M cakap apa orang tak faham.


Eh! Eh! Abang tu siap sengih sengih lagi..Abe pehe ko dia ghoyak ghapo


Ting! Ting! Round One...

Tuesday 26 November 2013

PRK : UM MERIAH, UPM HAMBAR

Kemeriahan Pilihanraya Kampus di UM semakin dirasai terutamanya semasa Hari Penamaan Calon semalam. Penyokong-penyokong Penggerak Mahasiswa dan ProM telah berkumpul seawal pagi dan memenuhi ruangan pejalan kaki di sekitar DTC. Nampak ada kesungguhan serta perancangan awal dari kedua belah pihak. 



Kemeriahan ini ditambah pula dengan keputusan Aiman Taslim untuk mengundurkan diri dari bertanding kerusi umum bagi memastikan demokrasi terus mekar dalam kepimpinannya. Pengorbanan yang dilakukan oleh Aiman adalah bentuk Situational Leader yang bertindak mengikut keadaan semasa dan yang manisnya tindakan itu mendapat sokongan dari seluruh jentera Penggerak Mahasiswa. 

Keputusan Ketua Jentera Penggerak Mahasiswa itu tidak memberi kelebihan kepada Pro M kerana bertekad untuk terus memimpin Penggerak. Malah Pro M nampaknya kalut sedikit dan memerlukan pengawal peribadi untuk calon yang berkempen walaupun dilihat itu tidak perlu pun dilakukan. Oh mungkin nampak bergaya dan kebiasaannya YB saja yang menggunakan khidmat Pengawal Peribadi ni. Mungkin Pengalaman Bukhairy semasa di Pekan menyuntik idea ini, walaupun mimpi untuk menjadi YB tidak kesampaian akibat keputusan yang dibuat Safwan Anang. Apa Apa sajalah...


Berbeza pula di UPM. Hari berkempen yang masih berlangsung tampak hambar, walaupun tempohnya yang panjang. Aktiviti Pro M yang dipimpin juga tidak mendapat sambutan. Mungkin khabar angin yang mendedahkan wujud perbalahan antara kepimpinan PMIUPM dengan Pro M ada kebenarannya menyebabkan gerakan ini perlahan di UPM. 




Apa-apapun tarikh mengundi kian hampir. Mahasiswa di UM dan UPM sedang mencongak pemimpin yang akan dipilih. Dan semestinya pilihan terarah kepada yang dilihat dominan dan berketrampilan. Satu lagi...kalau calon lawa tapi boleh buat kerja apasalahnya kan.....

Sunday 24 November 2013

SISWI UM HISTERIA!!


Desas desus mengatakan kejadian histeria akan melanda siswi UM sekali lagi..tapi kali ini bukan disebabkan oleh makhluk halus tetapi disebabkan Penggerak Mahasiswa. Kenapa?!! 



Tindakan Aiman and the gang untuk menaiktaraf perkhidmatan wifi di UM merupakan satu usaha yang besar. Jika ini dapat direalisasikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ianya akan dapat membantu siswa siswi di UM melaksanakan rutin harian khususnya yang berkaitan dengan akademik. Apa yang mahasiswa UM mahu selepas ini ialah pelaksanaannya dipercepatkan. Jangan bertangguh!!! 

Lain pula Pro M yang nampaknya makin bersungguh-sungguh memantapkan jentera dan calon. Pada malam tadi saja, 100 orang hadir di perkarangan DTC untuk melihat sendiri Pro M memperagakan calon-calon mereka. Namun di sebalik semua itu, ada yang menjadi kemusykilan dari mana Pro M boleh mendapatkan 2 buah kenderaan pacuan 4x4.....



Apa yang menariknya jika tidak ada bantuan luar seperti sebelum ini sudah tentu majlis meragakan calon Pro M malam tadi takkan meriah. SYABAS PRO M!!!




JANGAN BODOHKAN MAHASISWA!!!

Wednesday 20 November 2013

TAHNIAH PDRM!!! TUHAN HARUN DITANGKAP!!!

Nampaknya transfomasi dalam @PDRMsia telah terbukti berkesan. Selepas kes pembunuhan tragis Pegawai Ambank diselesaikan dengan tangkapan saspek utama, PDRM juga cemerlang dengan menangkap Tuhan Harun di Tangkak, Johor pada 20 Nov 2013 jam 3 petang. Harapan agar penangkapan ini dapat memberi petunjuk baru dalam kes2 berkaitan yang lain. SYABAS @PDRMsia.


UM : Debat Presiden Aiman Lebih Menonjol?


Debat telahpun selesai malam tadi. Secara keseluruhannya Debat ini menarik minat lebih kurang 300 siswa siswi UM untuk hadir. Walaupun ada sedikit gangguan bekalan elektrik yang tiba2 padam, semasa Saudara Aiman Taslim menyampaikan hujahnya, namun audien tidak berganjak dari tempat duduk. 



Yang pastinya malam tadi Aiman lebih menonjol dari calon Pro M dan komen mahasiswa juga kurang puas hati dengan penerangan oleh Pro M yang dikatakan tidak menjawab soalan.


28 Nov 2013..Presiden Anda?!!



PRK UM PANASS!!!

Pilihanraya Kampus kali ini terarah semula ke Lembah Kelang yang menjadi tumpuan adalah Universiti Malaya dan UPM. Namun antara keduanya suasana kampus yang agak panas dan mencuri perhatian adalah di UM. Baru beberapa hari selepas notis pemilihan MPP dikeluarkan, pertikaman lidah antara dua kumpulan popular di universiti itu, Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa berlanjutan khususnya di laman FB. Jesteru pada malam ini sedang berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM debat antara dua pemimpin kumpulan bertanding iaitu Aiman Taslim dan Abdul Muqit Muhamad. Sebelum itu pada sebelah siang pula dah ada perbuatan khianat kat dalam tu.




Kebetulan pada sebelah malam sebelum vandalisme ni berlaku Fahmi Reza lihat sini Telah dihalang masuk untuk menjayakan program Pro M di dalam. Terpaksalah venue diubah di hadapan pintu masuk UM. Fahmi Reza ni kononnya diminta utk mengulas mengenai gerakan mahasiswa UM pada zaman 60an. Siapa Fahmi Reza ni? Otai2 UM pun tak kenal Fahmi ni dan rasanya bukan alumni UM pun...heerrmmm....Owh rupanya anak didik Hishammuddin Rais....TAHNIAH PRO M!!!!!


Apapun 28 Nov ni hari yang ditunggu mahasiswa UM. 
Selamat memilih pemimpin

Thursday 7 November 2013

PAKU DULANG PAKU SERPIH

Selama ini Pro-M sering menafikan penglibatan orang parti dalam gerakan mereka. Mereka sering mencanangkan bahawa Pro-M adalah entiti yang bebas dan membawa suara mahasiswa. Tapi sejauhmana kebenaran "Bebas" itu betul-betul wujud di kalangan pimpinan Pro-M. Mungkin siswa siswi baru di UM perlu bertanya bagaimana calon dari pelajar API dipulau apabila berhasrat untuk bertanding sebagai calon PENGGERAK MAHASISWA.Baru-baru ini pula kecoh pasal risalah yang menghalalkan darah TNCHEPA UM dan persoalannya "perlu ke sampai tahap macam ni".



Dan lebih menjelekkan lagi ada unsur-unsur ugutan melampau yang berlaku sepanjang PRK ini berlangsung. BACA SINI



Habis tu bagaimana pula Pro-M mahu menjelaskan yang ini. Dan tidak ada satu pun penafian yang dilakukan oleh Pro-M berhubung dengan perkara ini. Ibarat Paku Dulang Paku Serpih.......BACA SINI





PRO-M Harus Insaf
ASPIRASI Juga Suara Keramat


Wednesday 6 November 2013

KAKI DEMO SERBU SUHAKAM

 

Dah agak dah..pelantikkan kepimpinan baru SMM beberapa hari lalu merupakan satu petanda bahawa kaki2 demo ni akan rancang sesuatu. Jadinya seramai 20 org kaki demo serbu pejabat SUHAKAM utk campurtangan dlm keputusan PRK UIAM.
Yang aku musykilnya puak2 ni kata dah menang besar dah selepas keputusan dah umum. Jadi nak arah SUHAKAM siasat apalagi...





Korang tengoklah KAKI KAKI DEMO ni buat huru hara kat maju junction. Kalau nak tolong majukan kedai Melayu dalam tu takpela jugak.
Opssss duit PTPTN dah derma untuk Tok Bomoh....

Psssttt : lain kali bukak lee tapak gerai...boleh kami tumpang niaga kuih pelita sekai...


Tuesday 5 November 2013

SMM DAN PRK 2013/2014 TAHNIAH!!!!


Ini mungkin entry pertama aku.
Mungkin mengambil dari semangat Maal Hijrah 1435.
Dan sebagai pembukaannya aku nak ucapakan TAHNIAH kepada SMM atas pelantikan kepimpian baru. Aku ucapkan semoga sukses dlm perjuangan korang.
Mungkin korang dah ada semangat baru mcm aku ni...