Pilihanraya Kampus kali ini terarah semula ke Lembah Kelang yang menjadi tumpuan adalah Universiti Malaya dan UPM. Namun antara keduanya suasana kampus yang agak panas dan mencuri perhatian adalah di UM. Baru beberapa hari selepas notis pemilihan MPP dikeluarkan, pertikaman lidah antara dua kumpulan popular di universiti itu, Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa berlanjutan khususnya di laman FB. Jesteru pada malam ini sedang berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM debat antara dua pemimpin kumpulan bertanding iaitu Aiman Taslim dan Abdul Muqit Muhamad. Sebelum itu pada sebelah siang pula dah ada perbuatan khianat kat dalam tu.
Kebetulan pada sebelah malam sebelum vandalisme ni berlaku Fahmi Reza
lihat sini Telah dihalang masuk untuk menjayakan program Pro M di dalam. Terpaksalah venue diubah di hadapan pintu masuk UM. Fahmi Reza ni kononnya diminta utk mengulas mengenai gerakan mahasiswa UM pada zaman 60an. Siapa Fahmi Reza ni? Otai2 UM pun tak kenal Fahmi ni dan rasanya bukan alumni UM pun...heerrmmm....Owh rupanya anak didik Hishammuddin Rais....TAHNIAH PRO M!!!!!
Apapun 28 Nov ni hari yang ditunggu mahasiswa UM.
Selamat memilih pemimpin
No comments:
Post a Comment