Wednesday, 27 November 2013

BOM PRO M SASAR AIMAN ROHANA !!!!

Kempen PRK UM telah sampai ke penghujung. Pada hari-hari terakhir ini seperti dijangka Pro M akan mengeluarkan BOM terakhir mereka untuk meraih undi simpati. Modus Operandi adalah mudah, labelkan pihak lawan sebagai sehina-hina makhluk dan mencanangkan kumpulan Oren sebagai semulia-mulia insan. Suasana hangat PRK UM juga disemarakkan lagi dengan kenyataan Syukri Razab dari SUARAM dan bekas Pengerusi SMM yang menerangkan pergaduhan dan pukul memukul dibolehkan dalam politik kampus. Kerana kekerasan menunjukkan kematangan.



Tidak cukup dengan itu timbul pula Email yang didakwa oleh Pro M bukti terdapat calon lawan mendapat 500 untuk berkempen. Edikoup Lakip Sediyanto juga telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkara itu berlaku dan mengaitkan transaksi telah dibuat antara Aiman Taslim, Pengerusi Penggerak Mahasiswa dengan Datuk Rohana Yusuf, TNCHEPA UM. Butirannya Klik Sini

Bagaimanapun laman blog konspirasipenggerak.blogspot.com telahpun dipadam selepas isu ini dimainkan dalam FB oleh Berita Universiti (Official Pages). Selepas itu tiada lagi kenyataan dari mana-mana orang Pro M, dengan meninggalkan persepsi di kalangan pembaca FB berkenaan.


Mungkin Aiman Taslim bukan ahli PMI, Datuk Rohana Yusuf juga bukan ahli PMI, maka mereka tidak sesuci seperti orang lain hingga mereka halal untuk difitnah dan dimalukan. Apa yang buruk sangat di mata Pro M terhadap Aiman dan Datuk Rohana. Adakah Pro M terasa tergugat dengan kredibiliti Aiman memimpin UM walaupun Aiman tidak lagi bertanding ? Apakah Edikoup masih menyimpan perasaan dendam ekoran kes dia dipukul dan yang sepatutnya dijawab oleh Syukri Razab. 

Dan apakah mahasiswa UM masih mahu memilih pemimpin persepsi ? What Next !!!!




No comments:

Post a Comment